Kehidupan awal Lisa_Surihani

Beliau dilahirkan sebagai Lisa Surihani binti Mohamed pada 23 Mac 1986 di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur kepada ibu bapanya, Siti Amirah binti Ahmad (lahir 5 April 1952) dan Allahyarham Mohamed bin Mahbob (23 Januari 1947–31 Oktober 2008).[5][6] Beliau ialah anak keempat daripada lima adik-beradik dan mempunyai 3 abang (salah seorang abangnya ialah Mohamed Azan) serta seorang adik lelaki, Lisa merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya dan berdarah kacukan Bugis, Cina, India dan Arab.[7] Ketika berusia 3 tahun, keluarganya menetap di Jalan Gurney, kemudian berpindah ke Kampung Pandan.[7] Beliau dinamakan sebagai Lisa Surihani kerana nama ‘Surihani’ ialah daripada bapanya dan ‘Lisa’ ialah pilihan ibunya,[7] Lisa mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Sri Inai semasa zaman sekolah rendah dan menengah. Beliau berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom dan mempunyai ketinggian 150 sentimeter.[8]

Rujukan

WikiPedia: Lisa_Surihani http://www.mynewshub.cc/artis/dicabar-yusry-sebab-... http://www.mynewshub.cc/terkini/lisa-surihani-sele... http://news.asiaone.com/News/Latest+News/Showbiz/S... http://english.astroawani.com/entertainment-news/l... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hbo-sentr... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kes-adam-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-berh... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-buka... http://www.budiey.com/betul-ke-lisa-surihani-bakal... http://www.budiey.com/filem-papa-i-love/